Kesemua lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ditahan kira-kira pukul 6.20 pagi ketika menaiki sebuah bot oleh sepasukan anggota PPM yang menjalankan operasi khas di kawasan berkenaan.

Pemangku Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Supt. Norzaid Mohammad Said berkata, ketika pemeriksaan, kesemua mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kesemua suspek serta bot yang dirampas itu dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan susulan, katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam operasi sama, Norzaid berkata pihaknya menahan dua lelaki termasuk juragan dalam sebuah bot kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.06 gram di kawasan laut Sibangkat.

Katanya, kedua-dua suspek yang berusia32 dan 50 itu disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA