Serbuan tersebut dibuat kira-kira pukul 9.30 malam selepas intipan pasukan PPM selama dua malam


Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, Asisten Superintenden Ahmad Amri Ab. Rahman berkata, anggotanya mengesan stor yang berkunci pada hari pertama.


Katanya, intipan dibuat pada malam kedua pula mendapati dua suspek berusia 27 tahun sedang memunggah kotak-kotak yang dipercayai terdapat rokok seludup ke dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero Mitsubishi.


“Kita telah menyerbu stor yang dipercayai beroperasi sejak setahun lalu.


“Dua orang warga tempatan telah ditahan dan sebanyak 3,648,400 batang rokok putih pelbagai jenis jenama dirampas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Ahmad Amri memberitahu, kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Markas Operasi PPM Wilayah Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.


Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1957. -UTUSAN ONLINE