Komander PPM Wilayah Dua, Assisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, rampasan dilakukan sepasukan anggota PPM Pengerang selepas membuat pemerhatian dan pemantauan sejak pukul 8 malam ke atas stor berkenaan yang disyaki menjadi tempat penyimpanan.

"Setelah membuat pemerhatian selama satu jam dan tiada orang datang mengambil rokok tersebut, anggota kami telah memecah pintu stor berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah rokok kretek dan putih antara jenis Nusantara, Djarum Super, LA Ice, John, NYX Menthol yang disembunyikan di dalam beberapa kotak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (e) Akta Kastam 1957. - UTUSAN ONLINE