Dalam operasi sekitar pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari itu, pasukan tersebut turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan merampas sebuah kereta jenis Proton Saga yang dianggarkan berjumlah RM6,676.20 termasuk kedua-dua bahan api tersebut.

egawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor Asisten Superitenden Mohd. Rudzuan Ahmad berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Tebing, anggotanya telah menemui 540 liter minyak diesel.

Menurutnya, minyak diesel itu telah ditemukan di bawah garaj kenderaan dan kesemua bahan tersebut dibawa pulang ke markas operasi selepas tiada yang tampil mengaku setelah 20 minit berlalu.

“Serbuan kedua di kawasan Masjid Kampung Simpangan, kita telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Saga milik seorang lelaki berusia 30 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan tersebut mendapati terdapat sebuah tangki telah diubah suai berisi petrol,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rudzuan memberitahu, pihaknya kemudian telah menahan lelaki berkenaan bersama 240 liter petrol.

Katanya, suspek ditahan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - UTUSAN ONLINE