Dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu, seramai empat suspek berusia antara 26 hingga 58 tahun terdiri daripada tiga warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan ditahan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan terhadap kesemua bot berkenaan menemui pelbagai barang kawalan seperti gula pasir, tepung gandum, minyak masak dan tong gas.

"Ketika melakukan rondaan di kawasan perairan, kita menemukan empat buah bot jongkong dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas pemeriksaan dilakukan, PPM berjaya mengesan pelbagai barang kawalan berada dalam bot tersebut. Bagaimanapun kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen kebenaran membawa barang kawalan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Nazri berkata, sebanyak 12 kotak gula pasir; 35 kotak tepung gandum, 20 kotak minyak masak, 20 tong gas dirampas.

“Pada masa yang sama, empat buah bot bersama empat enjin jenis Yamaha turut dirampas.

"Kesemua rampasan melibatkan nilai sebanyak RM56,895 dan dibawa ke Pangkalan Marin Tawau untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. - UTUSAN ONLINE