Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, suspek warga tempatan itu berusia 36 tahun dan ditahan pada pukul 9.25 pagi.

“Pemantauan dibuat selama dua jam sebelum suspek dilihat bergerak hendak memasuki sebuah pacuan empat roda yang diletakkan di kawasan lapang taman berkenaan.

“Siasatan dibuat mendapati terdapat sejumlah 120 kotak mengandungi 1,440 botol arak bernilai RM420,400 di dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu pejabat PPM Wilayah Dua, di sini sebentar tadi.

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1957. - UTUSAN ONLINE