Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua rampasan bernilai kira-kira RM10,168 itu hasil risikan dan maklumat awam.

“Kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, sepasukan pegawai dan anggota PPM berjaya memintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki membawa minuman keras dipercayai tiada kebenaran Kastam di bahagian belakang kereta tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Paul Khiu berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 30 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Grandis bernilai kira-kira RM50,000 turut dirampas, manakala suspek kini direman selama tiga hari. - UTUSAN ONLINE