Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, aduan tersebut melibatkan barangan lambat sampai dan perbezaan harga walaupun barang sama.


“Bukan itu sahaja, kesalahan itu turut melibatkan barangan yang ditempah lain dan dihantar kepada pembeli tidak sama dengan iklan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penerangan Kepenggunaan dan Motivasi Keibubapaan PPDNKK Kelantan di Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh di sini semalam.


Perasmian itu disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan (MPP) Parlimen Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.


Abdul Ghani memberitahu, PPDNKK akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE