Rampasan dibuat hasil serbuan ke atas sebuah premis di Mutiara Damansara, Petaling Jaya kira-kira pukul 12 tengah hari pada Jumaat lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, serbuan melibatkan 15 anggota dan pegawai itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai.

"Hasil pemeriksaan di premis berkenaan, kita mendapati 80 peratus mainan yang dijual mempunyai nombor siri yang sama.

"Tanda MC yang ditampal pada kebanyakan alat permainan di dalam premis itu juga tidak mengikut spesifikasi dan peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak ada nama syarikat dan kabur," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE