Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu masuk ke negara ini pada 15 Mei lalu sebagai pelancong dan akan pulang ke Phuket dalam tempoh terdekat.

Menurut sumber, mangsa yang tinggal di hotel mewah sekitar pusat bandar menawarkan khidmat seks melalui laman sosial dengan bayaran tertentu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 malam tadi, mangsa telah ditikam oleh seorang kenalan lelaki bernama Tommy yang dikenalinya dua jam sebelum kejadian.

Katanya, suspek telah membuat temujanji untuk berjumpa di dalam bilik hotel berkenaan yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Tujuan suspek lelaki warga tempatan berjumpa dengan mangsa adalah untuk melanggan mangsa. Kejadian berlaku di dalam bilik hotel semasa Tommy dikatakan mahu mengeluarkan wang dari poket seluarnya untuk diberikan kepada mangsa sebaliknya mengeluarkan pisau kecil dan terus menikam mangsa,” katanya di sini semalam.

Katanya, mangsa turut ditikam pada bahagian belakang badan, betis dan kaki.

“Suspek terus melarikan diri selepas menikam mangsa dan polis telah memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian,” katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE