Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, kes yang menimpa Mohamad Thaqif Amin Mohd. Gadaffi, 11, itu setakat ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sekiranya hasil bedah siasat menunjukkan kematian disebabkan unsur yang diragui, kita akan buka siasatan di bawah seksyen yang berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, pembantu warden yang terlibat dalam kes pelajar tahfiz itu telah disambung reman selama tiga hari lagi.