Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, keputusan laporan ujian urin itu diperlukan bagi membantu siasatan kes tersebut di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Buat masa sekarang kita sedang menunggu laporan kimia dari hospital bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Ahmad Saiful Islam, 31, dan rakannya, 33, ditahan selepas disyaki positif ganja dalam pemeriksaan oleh sepasukan pe­gawai dan anggota dari Ibu pe­jabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Kata sumber itu, ketika operasi tersebut, dia dikatakan sedang berhibur de­ngan beberapa individu lain.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 5.30 petang semalam. - UTUSAN ONLINE