Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, tujuh lelaki berusia antara 18 tahun hingga 26 tahun itu ditahan antara 4 September lalu hingga semalam.

“Semua suspek yang masih bujang ditahan di sekitar Temerloh termasuk di rumah masing-masing oleh pasukan khas yang ditubuhkan.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspe, kita berjaya menyelesaikan tujuh kes samun yang melibatkan rumah kongsi warga asing di daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini hari ini.

Yang hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintenden Syahlizan Badrun.

Menurut Zundin, kesemua suspek yang berasal dari daerah ini ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE