Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintenden Sahar Abd. Latiff berkata, suspek pertama melibatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun yang ditahan di pejabatnya di Jalan Rock di sini pukul 1.50 petang.



Katanya, bertindak atas maklumat itu, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lelaki warga Nigeria di Jalan Satok di sini pukul 4.50 petang.



“Serbuan dijalankan selepas polis mendapat maklumat daripada orang awam dan kemudiannya bertindak menahan wanita itu selepas suspek menerima bungkusan yang diposkan ke atas namanya. 



“Hasil pemeriksaan kita menemukan dan merampas 962 gram syabu dan 1,299 pil ekstasi yang dibalut dalam pakaian serta kertas aluminium,” katanya ketika sidang akhbar di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini sebentar tadi.

 - UTUSAN ONLINE