Timbalan Ketua Polis Daerah, Razlam Ab. Hamid berkata, dua lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Katanya, dalam serbuan pertama pada Isnin lalu di sebuah premis di Kampung Sungai Relong itu, pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita selain merampas dua buah telefon bimbit dan tiga pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.

“Dalam serbuan kedua di sebuah bengkel besi di perumahan awam di Jalan Stesen di sini pada Rabu lalu, seorang lagi lelaki yang merupakan ahli geng berkenaan ditahan.

“Dalam serbuan tersebut, kita merampas seutas rantai emas, gelang emas, kamera, dua buah telefon bimbit, sebuah tablet, sepasang kasut berjenama, satu buku lima dan sebilah pedang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE