Fazlisyam Abdul Majid
Fazlisyam Abdul Majid

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, empat daripada mereka menyerah diri di balai polis daerah Dungun, Kuala Terengganu, Besut dan Marang sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Seramai 13 individu pula berjaya diberkas menerusi Ops Kesan yang dijalankan dengan bantuan maklumat orang ramai selepas gambar-gambar disiarkan.

“Kesemua 17 individu itu merupakan warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an yang diburu atas pelbagai kesalahan jenayah iaitu rogol, samun dan curi.

Bagaimanapun bukan kesemua individu yang dicari adalah suspek kes jenayah, ada di antara mereka diperlukan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di IPK Terengganu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE