Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dalam kejadian berbalas tembakan pada pukul 2 pagi itu, semua suspek maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, semasa membuat rondaan jarak jauh (RJJ) yang melibatkan kerjasama antara Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Unit 69 Komando dan Pasukan Polis Marin telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan bergerak laju menuju ke arah sekumpulan bot nelayan.

“Bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengambil tindakan membuat pintasan dalam keadaan lampu biru polis dinyalakan dan secara tiba-tiba bot suspek telah melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan.

“Bagi tujuan mempertahankan diri, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan balas dan setelah pemeriksaan di bot dan kawasan sekitar laut telah menjumpai dua mayat lelaki dalam bot manakala dua lagi dalam laut dengan kesan tembakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE