Ketua JSJ negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut diketuai Asisten Superintenden Lawrence Rawieng pada pukul 4 petang.

“Pemeriksaan dijalankan dalam bilik suspek dan menemukan lima laras senapang angin buatan sendiri, 19 biji guli dan pelbagai peralatan membuat senapang.

“Suspek berusia 60 tahun bekerja sebagai penjaga parkir di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang berada dalam bilik sewa itu ditangkap dan akan direman hari ini,” katanya ketika dihuhungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, soal siasat awal mendedahkan bahawa suspek membuat senapang angin untuk dijual kepada pemburu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE