Ketua Polis daerah, Superintenden Ng Kong Soon berkata, dalam operasi tersebut kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 17 hingga 40 tahun.

Katanya, tangkapan terhadap kesemua suspek pada pukul 9 malam itu hasil risikan dan maklumat awam.

“Kesemua suspek terbabit tidak mempunyai kerja tetap dan dipercayai mengambil kesempatan menjual mercun dan bunga api untuk mencari duit sampingan sempena Tahun Baharu Cina tidak lagi.

“Siasatan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan direman sehari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya. - UTUSAN ONLINE