Dalam tangkapan pada pukul 7.15 petang semalam di sebuah kedai alat tulis di Slim River, kebanyakan sijil cuti sakit berkenaan yang dibuat dengan cara menyalin semula daripada salinan asal, diisi butiran pelanggannya oleh suspek sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak, Superintenden Lee Ewe Kiang berkata, hasil siasatan 

mendapati sindiket tersebut telah beroperasi sejak 2011.

“Sindiket ini menjual sijil cuti sakit antara RM18 hingga RM25 termasuk kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE