Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai dalam kenyataan akhbarnya berkata, mangsa yang mengenali suspek dengan panggilan Mat, 19, ditahan di Petra Jaya pada kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Dennis berkata, polis turut merampas beberapa barangan kes daripada suspek dan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, jika suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 sebatan,” katanya.

Petang kelmarin, Dennis berkata, mangsa yang berusia 13 tahun baharu sahaja mengenali suspek, telah menaiki motosikal bersama suspek sebelum dirogol di kawasan rekreasi di belakang Wisma Bapa Malaysia. - UTUSAN ONLINE