Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, suspek ditangkap selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang kerugian kira-kira RM1, 000 selepas cermin keretanya dipecahkan pada pukul 10 malam, 1 Mac lalu.

Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 36 tahun ketika dia memandu kenderaan jenis Proton Exora di Taman Jayamas dekat sini.

"Pemeriksaan lanjut di sebuah rumah di Taman Bukit Sentosa, Seremban pada 2 Mac lalu menemukan beberapa buah telefon bimbit, bank kuasa, jam tangan dan beg tangan serta dokumen milik orang lain.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE