Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kedua-dua mereka ditahan kelmarin di sekitar Subang Jaya selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada 5 Ogos lalu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa merupakan ibu angkat suspek wanita yang ditahan dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE