Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Polis tahan seorang lelaki, rampas 160 bungkus air ketum

Air ketum
Daun ketum yang sedang diproses ditemukan dalam serbuan di sebuah rumah seorang lelaki di Kampung Suak Plang, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT 21 April - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 160 bungkusan mengandungi air daun ketum bernilai RM448 setelah menyerbu sebuah rumah di Kampung Suak Plang di sini hari ini.


Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput pada pukul 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abd. Fatah Abd. Rahman berkata, siasatan mendapati suspek yang bekerja sendiri  menjalankan perniagaan tersebut di rumahnya sejak lebih setahun lalu.

Katanya, suspek memproses sendiri air daun ketum dan dijual di kawasan sekitar Kampung Suak Plang pada harga RM2.80 sebungkus.

"Pemeriksaan di belakang rumah suspek menemukan beberapa peralatan untuk memproses air daun ketum termasuk periuk, dua biji tong gas, dapur dan dua bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat enam kilogram.

"Kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai kira-kira RM7,000. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 30(2) Akta Racun 1952," katanya.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain