Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Taman Okid di sini pukul 8.30 pagi.

“Susulan penahanan suspek, kita telah merampas, antaranya sebuah dompet mengandungi MyKad, lesen memandu, kad ATM dan buku bank disyaki milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah selain suspek mengaku terlibat dalam lima kes ragut di sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE