Suspek yang berusia 37 tahun di lokasi pertandingan memancing itu kira-kira pukul 4.30 petang selepas enam peserta membuat laporan polis berhubung kegagalan pihak penganjur membayar wang hadiah yang dijanjikan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, lelaki terbabit dikatakan merancang pertandingan tersebut bagi mendapatkan dana untuk persatuannya.

“Berdasarkan rakaman percakapan saksi, suspek dikatakan membuat ketetapan setiap seorang peserta dikenakan bayaran RM100 manakala hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM20,000 dan nilai hadiah itu berperingkat-peringkat sehingga tempat ke-50 dengan jumlah keseluruhan RM41,500.

“Penganjur dikatakan telah mengumpul penyertaan sebanyak 310 orang peserta dan jumlah kutipan tersebut mencukupi untuk hadiah dijanjikan, namun pelbagai alasan diberikan atas kegagalan menyediakan wang kemenangan, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arshad memberitahu, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE