Operasi yang bermula pada pukul 6 pagi itu dan berakhir lima jam kemudian turut membawa kepada penahanan 30 penagih dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, lima 'tokan’ dadah yang ditahan itu berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun.

Menurutnya, empat daripada lima pengedar dadah itu ditahan ketika cuba mengedarkan bahan terlarang itu.

"Seorang lagi tokan dicekup ketika sedang menunggang motosikal untuk masuk ke sarang penagihan dadah itu.

"Pemeriksaan ke atas empat ‘tokan’ itu menemukan empat botol plastik bertudung kuning mengandungi heroin seberat 17.89 gram," katanya pemberita, di sini hari ini.

Ab. Rashid memberitahu, pemeriksaan ke atas seorang lagi tokan membawa kepada penemuan 56 biji pil kuda.

Katanya, seramai 30 penagih yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 53 tahun. - UTUSAN ONLINE