Ketuanya, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut dijalankan di daerah Kuching, Miri, Sibu, Padawan, Bau, Saratok, Sri Aman, Kota Samarahan, Limbang dan Bintulu.

Katanya, daripada 27 serbuan, 20 operasi terhadap premis menjual loteri tidak berlesen, judi siber (enam) dan satu tempat perjudian terbuka.

“Kesemua suspek ditahan termasuk empat warga terdiri 23 lelaki manakala selebihnya wanita berusia antara 17 hingga 52 tahun.

“Hasil serbuan, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM3,945 dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE