Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, sepasukan anggota polis telah menahan keempat-empat suspek tersebut di Kampung Daha Seroban di sini pada pukul 3.30 petang tadi.

Jelasnya, penahanan itu dilakukan selepas mangsa mendedahkan perbuatan keji yang dilakukan oleh keempat-empat suspek berkenaan kepada pihak hospital sejak dia berusia 13 tahun.

"Mangsa juga memberitahu adik perempuannya yang berusia 14 tahun turut menjadi mangsa nafsu buas kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 57 tahun itu.

"Kesemua suspek yang merupakan petani akan direman esok untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE