Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman Ismail berkata, polis juga merampas pelbagai jenis dadah seperti pil kuda, daun dan air ketum, ubat batuk serta methadone.

Menurutnya, Ops Tapis yang berakhir semalam itu dijalankan di daerah ini, Kota Bharu dan Jeli.

"Turut ditangkap ialah seorang janda berusia 33 tahun dan seorang remaja berusia 19 tahun yang dipercayai mengedar pil kuda," katanya dalam sidang akhbat di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE