Dalam kejadian pukul 5.05 petang itu, warga emas, Khong Ah [email protected] Ah Kam, 75, maut ditempat kejadian selepas dirempuh 4WD itu yang datang dari arah Shell Kepala Batas menghala ke Bertam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, 4wd terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh mangsa sehingga dia mengalami cedera parah di badan dan kepala.

"Pemandu 4WD dengan nombor pendaftaran PKV 9501 itu dipercayai menghilangkan diri dan sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - UTUSAN ONLINE