Ketua Operasi Pegawai Turus Penguat Kuasa Trafik Johor, Asisten Superintenden Mohd. Fazree Mohd. Ariff berkata, operasi itu bermula pukul 8.30 malam dan tamat pukul 6 pagi ini.


“Dalam operasi tersebut, kami turut menahan dua individu berusia 15 dan 25 tahun atas kesalahan berkaitan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. 


Kesemua motosikal yang disita kini dibawa ke Balai Polis Bandar Dato’ Onn untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE