Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan perkara itu pada pukul 12.05 tengah malam semalam. 

“Siasatan awal terhadap artikel tersebut mendapati ia telah ditarik semula oleh pihak pentadbir laman sesawang tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Mohd. Khalil menegaskan, mana-mana pentadbir laman sesawang supaya menyemak kesahihan berita yang ingin dikeluarkan serta menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa-apa berita dalam media sosial atau laman sesawang tanpa merujuk kesahihan berita tersebut. 

“Polis Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pentadir laman sesawang yang menulis dan mengeluarkan sebarang artikel atau kenyataan yang palsu, menyakitkan hati, menjelikkan, atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. 

“Tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial dan pendakwaan mengikut undang-undang akan dikenakan  terhadap individu-individu ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE