Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, siasatan telah dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak ATM.


“Sebanyak tiga laras senjata jenis Ak-47 telah ditemukan oleh pihak ATM dan sehubungan itu, siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada senjata itu dibawa masuk ke sini dari negara jiran,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Majlis Penyampaian Diploma Kepolisan dan Penyiasatan kepada pelajar Kolej Unikop di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini - UTUSAN ONLINE