Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat semalam pihaknya menerima satu laporan polis terhadap Zamihan dan beliau belum lagi dipanggil untuk memberikan keterangan.

“Kita belum panggil beliau (Zamihan) dan belum buat apa-apa tangkapan buat masa ini kerana kertas siasatan baru dibuka.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Bual Bicara Sarapan Pagi: Integriti di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Portal berita The Sun melaporkan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Agama, Jabatan Penjara Malaysia itu mengkritik tindakan Sultan Johor yang campur tangan dalam isu dobi baru-baru ini.

“Ada Sultan kata dobi mesra Muslim tak patut diadakan di negerinya, ini bukan Afghanistan, negeri Taliban. Tak patut Tuanku Sultan cakap macam tu. Patut dobi mesra Muslim ni adalah menunjukkan orang Islam ini mementingkan nilai suci lagi menyucikan,” kata Zamihan dalam ceramah tersebut. - UTUSAN ONLINE