AMRI
AMRI

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, siasatan menyeluruh mengenai kehilangan individu terbabit sedang dijalankan.

"Kita minta semua pihak untuk tidak melakukan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kehilangan Amri Che Mat mula disedari ahli keluarganya pada 24 November tahun lalu selepas dikatakan keluar untuk bertemu rakannya. - UTUSAN ONLINE