Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan bermula pukul 4.30 hingga 6.30 petang itu dijalankan melibatkan 26 pegawai dan 94 anggota polis di seluruh negeri ini.

“Dalam serbuan itu, kita merampas 65 unit telefon, 75 pencetak dan wang tunai RM6,159 dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 55 lelaki dan 11 wanita tempatan dan masing-masing seorang lelaki Indonesia dan Bangladesh.

Beliau berkata, operasi serentak di seluruh negeri itu dijalankan oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, IPD Kota Tinggi, IPD Iskandar Puteri, IPD Batu Pahat, IPD Segamat, IPD Kulai, IPD Mersing, IPD Muar, IPD Seri Alam, IPD Tangkak, IPD Pontian, IPD Johor Bahru Selatan dan IPD Johor Bahru Utara. - UTUSAN ONLINE