Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad berkata, pusat hiburan tersebut diserbu kira-kira pukul 2 pagi selepas dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Tujuh daripada yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine, dan hasil pemeriksaan di pusat hiburan berkenaan menemukan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM27,000.

“Kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 39 A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE