Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan 26 individu yang disyaki bekerja di premis-premis berkenaan serta dua pelanggan.

Katanya, serbuan Ops Dadu itu yang turut disertai anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut itu berjaya merampas wang pertaruhan berjumlah RM28,000.

Katanya, premis berkenaan bukan sahaja menawarkan keputusan perjudian dalam negara tetapi turut menawarkan judi secara dalam talian membabitkan pertaruhan di Thailand dan Kemboja.

“Serbuan hari ini membabitkan 15 pasukan dilakukan secara serentak bermula pukul 3 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE