Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil risikan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati terdapat segelintir pihak tertentu yang cuba menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri ini.

“Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, gejala ini adalah tidak sihat dan saya ingin menasihati kepada semua ibu bapa agar mengawasi pergaulan jika anak mereka menghadiri parti anjuran individu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE