Serbuan pada pukul 7.45 malam oleh unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman itu, turut menahan tiga lelaki terdiri daripada pengawal keselamatan, penjaga kaunter dan kapten.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, dua lelaki yang merupakan pelanggan premis tersebut turut diberkas dalam serbuan itu.

Katanya, dalam serbuan itu pihaknya merampas beberapa barang termasuk 175 keping kondom, dua botol minyak urut, empat buah telefon bimbit, dua unit walkie talkie, sebotol minyak bayi, buku catatan kerja dan wang tunai RM6,670.

"Permohonan reman bagi kesemua suspek yang ditahan akan dilakukan esok.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya dalam kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE.