Tanpa mendedahkan lebih lanjut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu terbabit.

"Kita akan adakan sidang akhbar esok bagi memaklumkan perkara itu," katanya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.47 pagi itu, tiga suspek menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bertindak melarikan lapan dulang barang kemas bersenjatakan pistol.

Suspek turut merampas selaras senapang patah milik pengawal keselamatan sebelum bertindak mencampakkan senjata api tersebut diluar pasar raya besar tersebut sebelum melarikan diri.

Kejadian itu menyebabkan kedai tersebut mengalami kerugian sebanyak RM720,000.

Difahamkan kejadian itu adalah kali kedua sebelum premis sama turut dirompak mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.1 juta pada awal November tahun lalu. - UTUSAN ONLINE