Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh dalam kenyataan kepada media melalui aplikasi WhatsApp, berkata, polis kini sedang giat mengesan tahanan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.

Difahamkan, tahanan terbabit berada di mahkamah berkenaan bagi menghadiri perbicaraan.

Kes tersebut juga sedang tular di WhatsApp. - BERNAMA