Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, kes berunsurkan penipuan berkenaan adalah membabitkan daerah Tawau dengan dua kes, Papar (dua kes) manakala Semporna dan Kudat masing-masing satu kes.

"Kes penipuan ini terbongkar selepas beberapa mangsa yang datang untuk mengundi tetapi dimaklumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas bahawa kad pengenalan atas nama mereka telah pun melaksanakan proses mengundi," katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Razarudin [email protected] Rasid.

Tambah Ramli, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan termasuk merakam percakapan daripada pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(L) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - UTUSAN ONLINE