Dalam rondaan kira-kira pukul 4. 30 pagi itu, polis menemukan lapan paket plastik berisi 1,600 biji pil kuda yang dianggarkan seberat 163.2 gram daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dadah itu dipercayai untuk jualan di sekitar Butterworth dan dianggarkan bernilai RM24,000.

“Salah seorang daripada suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine dan kesemua mereka kini ditahan reman sehingga 24 Ogos.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)a Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE