Ketua Polis negeri, Datuk Seri A.Thaiveegan berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki termasuk tiga pelajar pelajar kolej bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, tangkapan bermula apabila polis memeriksa sebuah kenderaan di Jalan Bagan Luar, Butterworth dan menahan lima lelaki India setelah menemukan 1,600 biji pil kuda.

“Soal siasat terhadap mereka membawa kepada serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Mertajam dan berjaya merampas 72,000 pil kuda bernilai RM1.44 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah beliau, pada 24 Ogos lalu, satu lagi serbuan dilakukan di Perai dan pihaknya berjaya menemukan sebanyak 354,000 bijil pil kuda bernilai RM7.08 juta. - UTUSAN ONLINE.