Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sehingga semalam pihaknya turut menahan 13 lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 50 tahun bagi siasatan lanjut.

"Dalam tempoh 11 hari, 19 kes telah direkodkan dengan kesemua suspek ditahan ketika berniaga di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar malam, bazar Ramdan di samping di tepi-tepi jalan.

“Ada antara mereka yang berani mempamerkan barangan jualan di atas meja dan  ada juga yang sekadar  menyorokkan di bawah meja,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Suffian berkata, polis sentiasa melakukan operasi menangani penjualan bahan larangan itu kerana boleh mendatangkan kecederaan teruk sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Katanya, walaupun bunga api tidak berbahaya tetapi boleh menjadi sebaliknya jika diubahsuai dan digunakan bagi menghasilkan mercun dengan letupan yang kuat. - UTUSAN ONLINE