Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner V.R. Ravi Chandran berkata berkata, serbuan pada pukul 3.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, polis menemukan dadah jenis heroin seberat 1,365 gram dan 130 gram syabu.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 30 tahun mendapati hanya suspek berusia 29 positif dadah jenis ganja.

“Nilai rampasan dadah tersebut berjumlah RM67,275. Pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

“Dua lelaki itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - UTUSAN ONLINE