Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 32 tahun hingga 47 tahun itu ditahan di sekitar Ayer Keroh di sini.

“Kesemua tangkapan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Rampasan dadah adalah seberat 201.3 kilogram disyaki syabu dan keseluruhannya bernilai RM14.1 juta sementara nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM150,000 merangkumi kereta jenis Toyota Hilux, Toyota Vios dan Proton Waja serta wang tunai RM450,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang dan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Jalil Hassan. - UTUSAN ONLINE