Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kedua suspek yang ditahan masing-masing berumur 24 dan 21 tahun itu.

Katanya, serbuan dan tangkapan pertama terhadap suspek berusia 24 tahun dilakukan di sebuah rumah pada 12.10 tengah malam kelmarin di Lorong Haji Yunus, di sini.

"Dalam serbuan itu anggota polis menemukan lima botol berisi dadah jenis heroin seberat 20.9 gram dan 100 biji pil Yaba (methamphetamine) bernilai RM11,000.

"Suspek mengaku melakukan kegiatan pengedaran dadah itu sejak Jun lalu di sekitar daerah ini. Dia direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Disember," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan pihaknya mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 15 (1) (A) dan Seksyen 39a Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952 selain didapati positif dadah jenis morfin.

Sementara itu kata beliau, serbuan kedua dilakukan pada pukul 11.30 malam semalam membawa kepada penahanan suspek berusia 21 tahun bersama 5.3 gram pil yaba bernilai RM1,000 di Lorong Berek 12 di sini.

"Dadah tersebut dipercayai akan diedarkan kepada penagih di sekitar kawasan berdekatan. Suspek mengaku terlibat dengan kegiatan itu sejak Oktober lalu.

Suspek didapati mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 39b dan Seksyen 39 a (1) ADB 1952 dan turut didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek akan direman selama empat hari sehingga 15 Dis depan. - UTUSAN ONLINE